Recharge!



Menjadi ibu dan isteri itu adalah satu tugas yang penuh dengan tanggungjawab tetapi penuh dengan pahala sebenarnya. Pahala yang kita akan kumpul dan kumpul, agar jadi berganda di akhir nanti.

Untuk Ibu dan Isteri yang bertugas 24jam dan 7 hari dari rumah, ibu juga perlukan masa rehat agar tugas kembali lancar dan semakin bertenaga.

Jadi ibu, di sini, Ummi MHD nak kongsikan 3 tips yang berupaya mengembalikan tenaga Ummi MHD.



1. Offline dari sebarang gadget.

Tips ni sangat-sangat bermakna pada Ummi MHD. Tips ni baru dikenal pasti berupaya mengembalikan semangat baru pada Ummi MHD. Dengan offline dari telefon, televisyen dan laptop, mata pun berupaya rehat. Pernah dengar tentang lazy eyes? Nanti kita kupaskan dalam entri baru. On kan pula connection kita dengan benda hidup sekeliling kita, fokus pada mereka, seperti anak-anak, suami, tanaman di luar rumah, jiran tetangga. Oh, jangan lupa, connection dengan Tuhan tu paling utama. Jika tak boleh solat, sentiasa basahkan lidah dengan zikir, dia mampu merawat, InsyaAllah.

2. Keluar ambil angin seketika.

Yup! Ni terapi kedua setelah kita kepenatan menguruskan keperluan anak-anak, suami dan rumahtangga. Nak keluar sama-sama family pun boleh. Lagi seronok! Even duduk dalam kereta saja pun dah bawa energi baru pada Ibu. Cubalah! Jika tak berkesempatan juga, ambillah masa menyidai kain tu sebagai terapi diri. Bersembang dengan jiran sebelah rumah, tangan pula ligat keluarkan baju dari dalam mesin, sambil sidai kain tu, biarkan je anak-anak main basikal sebelah kita. Tapi awas! Jangan membawang udah le! ☺ 

3. Buat hobi yang disukai. 

Hobi apa yang Ibu suka? sekarang, Ummi MHD suka menulis dan baking. Rasa seronok tengok hasil kek atau cookies yang kita buat tu dibakar dalam oven. Lepas tu, anak-anak turut sama habiskan. sambil-sambil tu, sembang dengan anak-anak. Tau tak, dengan peluk anak-anak dan pasangan juga boleh boost kembali energi dalam diri.
Bila menulis, jika sedang dalam mood kepenatan, mungkin boleh catit point penting sahaja, sebab sebenarnya bila kita dalam keadaan sedemikian, level tank emosi kita telah kosong. Kita boleh merapu caca marba dalam keadaan berikut. Makanya, bila energi dah mula terisi kembali, boleh huraikan point-point tadi.

Diharapkan dapat membantu serba sedikit untuk para Ibu yang kepenatan. Ibu bukan robot, maka RECHARGE lah! Ibu gembira, anak-anak bahagia, suami pula makin sayang, rumahtangga pula makin teratur. InsyaAllah.


Comments

Popular posts from this blog